Siapakah yang tergolong dalam obesiti?
2. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
3. Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
4. Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
5. Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan
Pemakanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan.
Status BMI
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m)
BMI = berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di atas bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton
televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda
seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai
keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
- Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
- Strok (angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Batu hempedu
- Diabetes (kencing manis)
- Paras kolestrol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit di bahagian bawah belakang badan
- Sukar bernafas
- Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
- Gangguan pembuangan air kecil
- Penyakit hati
- Barah usus
Disini kami cadangkan kaedah untuk mengatasinya :-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan